DASHING 2 IN 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka


Dalam kehidupan dunia yang semakin mencabar  jejaka sentiasa berikhtiar  untuk memudahkan urusan agar dapat menikmat kehidupan sepenuh termasuk dalam rutin penjagaan harian. Dengan pelbagai  produk mandian di pasaran, pilihan  semakin sukar. Jangan risau! Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru untuk si jejaka dengan formulasi yang  direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus! 


Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul  dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi.

Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan make dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk.

Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu,  buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam  dari  muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari. 



DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.

COOL- Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.

ACTIVE- Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif.

Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa. 


ULTIMATE KICK- Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.


HATTRICK- Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan  haruman Amber.   


Variasi Cool dand Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan  mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.

Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi  sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan



Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan.  




#dashing #dashingmy #2in1 #shower #wash

#active #cool #hattrick #ultimatekick

 

 


Post a Comment

0 Comments