Last week aku dgn geng² hiking (Senja Hikers) nama grup kitorang stylo kan.🤣🤣🤣..kami pergi daki Bukit Setia Alam.
Sangat sesuai untuk yang nak practice, yang nak jinak² hiking, dan yang nak keluar peluh...dia punya trails tu agak mencabar, sebab ada dua jalan yang berbeza tahap kesukaran dia.
Pagi tu kami pilih jalan Tasik yang mana jalannya landai pada permulaan dan masuk je bahagian tengah² sampai lah ke puncak...mencanak je daki...💪💪💪.
Yang tak bestnya kawasan situ sibuk dgn tapak pembinaan, habuk dan bunyi bising memang agak teruk.
ok sambung part daki bukit yg mencanak tu, agak mencabar sebab langsung xde landai... straight daki sampai atas... fuhhhhh berpeluh² badan..memang rasa puas sangat.
Kalau rasa yang nak santai² boleh pilih jalan yang terus ke puncak (peak garden) sebab lebih bnyak landai.
Agak lama jugak masa yg kitorang ambik nak sampai ke puncak dalam anggaran 1jam macm tu..
Sampai je puncak...ada satu grup ramai² sedang berehat sambil didendangkan hiburan oleh salah seoarang pendaki, mmg sempoi habis...siap bawak gitar nyamyi ramai².
Bukit Setia Alam ni diambang ancaman untuk ditarah dijadikan tapak perumahan, sangat sayang kalau ianya tidak dikekalkan. Aktiviti seperti ini bukan saja bagus untuk kesihatan malah ianya merapatkan kita dgn masyarakat berbilang kaum.
Harap sangat pihak berkuasa tempatan ataupun siapa saja dapat selamatkan kawasan ni dari ditarah oleh pembangunan.
PLEASE SAVE OUR FOREST
1 Comments
patutlah sado
ReplyDeleteselalu hiking rupanya