5 Tempat Awesome Wajib Lawat Sekitar BANDARAYA SHAH ALAM

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Baru² ni aku ada terlibat dengan satu Lawatan Singkat Media FAM trip yang dianjurkan oleh Tourism Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dan Concorde Hotel

Program 2 hari 1 malam ini mengetengahkan sisi menyegarkan dan variasi Bandaraya Shah Alam sempena ulangtahun ke-19 yang disambut meriah oleh warga Shah Alam dan sekitar dengan pelbagai acara dan aktiviti yang diatur oleh pihak MBSA.



Program  ini bagi aku sangat bagus untuk  mendedahkan kepada orang luar dari kawasan Negeri Selangor tentang Bandaraya Shah Alam yang merupakan sebuah destinasi yang memberi fokus kepada sektor pelancongan berteraskan kesenian dan kebudayaan, dan juga ilmu pengetahuan.

Selain itu, program ini diadakan bagi mewar-warkan kepada umum tentang aktiviti-aktiviti berteraskan kesenian, kebudayaan dan sukan yang seringkali disertakan dalam tentatif bulanan yang diatur oleh pihak MBSA, terutamanya pada cuti hujung minggu dan cuti persekolahan; seperti Shah Alam Car Free Day.







Bandar Dalam Taman merupakan nama untuk Shah Alam, bandar yang Indah juga penuh dengan budaya dan seni. Berikut adalah lima tempat awesome yang korang wajib lawat kalau ke Shah Alam.

1. Selangor International Islamic Arts Complex. (Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor).

Ditubuhkan pada awal tahun 1990, khas untuk kekalkan kekuatan seni islam supaya sentiasa segar.

Diuruskan oleh Yayasan Restu, satu badan organisasi yang tidak berasaskan keuntungan yang khas untuk meningkatkan
kefahaman amalan islam menerusi kesenian islam.



Yayasan Restu merupakan badan organisasi pertama kat Malaysia yang hasilkan Al Quran tulisan tangan yang sangat² cantik.

Merupakan antara tarikan utama disini, dimana Al Quran itu mempunyai 30 Juzuk dan setiap Negeri mewakili 2 juzuk  punyai rekabentuk berbeza² dan sangat² indah bagi setiap juzuk Al Quran itu mengikut susunan kemasukan Islam di Malaysia.

Setiap Lembar Ayat² Al Quran dihiasai dengan tulisan yang mengandungi emas 24K, semua motif berunsurkan flora ( Indah nengikut syariat, memberi manfaat) ianya disimpan didalam Bilik Kebal, dibuka untuk umum dari hari Isnin - Jumaat sahaja, Sabtu Separuh Hari.

**Kamera tidak dibenarkan di dalam bilik kebal**

Benda paling menarik kat sini adalah Rehlah Nabawiyah, dimana korang dapat hayati dan pelajari kehidupan dan perjalan Rasulullah dari lahir sehingga lah menjadi Nabi Allah.




Terdapat replika rumah Rasulullah ketika lahir, tempat² sepanjang perjalan Nabi, peristiwa² sejarah perang bersama para sahabat dan para pahlawan.

Di bahagian luar pameran terdapat replika rumah kediaman Nabi dimana korang boleh bayangkan bagaimana kehidupan Nabi, terdapat juga barang peribadi Rasulullah yang turut dipamerkan disini.








Waktu Operasi

Dibuka setiap Hari
Jam 9.30 pagi - 5.30 Petang
Hubungi : 03 5511 9001 


2. Menara Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Blue Mosque)



Merupakan antara Masjid yang sangat cantik bagi aku, juga dikenali sebagai Masjid Biru,
Masjid terbesar di Malaysia.

Mempunyai Menara yang antara tertinggi dindunia dengan ketinggian 142.3 Meter.




Kami sangat bertuah kerana pada hari tu dibawa untuk menaiki menara tersebut dimana ianya belum lagi dibuka untuk umum.

Diatas menara hanya boleh dinaiki sebanyak 8 orang sahaja pada suatu masa, sampai sahaja di atas korang akan dapat lihat pemandangan Bandaraya Shah Alam yang sangat cantik. 




Satu pengalaman yang sangat berharga dan seronok, dan Menara ini akan datang dibuka untuk umum.

3. Perpustakaan Raja Tun Uda (PPAS)

Pada mula sampai aku ingat ianya hanya Perpustakaan yang biasa, namun tidak sama sekali, langsung meleset.



Terletak di Seksyen 13 Shah Alam, kawasan yang agak tenang, mempunyai  4  tingkat dan dilengkapi kawasan parking bertingkat serta punyai perkhidmatan Buggy bagi pengunjung dari kawasan parkir ke perpustakaan.




Disini kanak² bebas untuk membuat aktiviti yang mereka suka, ada kawasan khas untuk mereka.

Terdapat bilik perbincangan khas yang boleh digunakan untuk golongan bekerjaya adakan mesyuarat mahupun perbentangan.

Di kawasan Ground Flow ada ruang santai (Edutainment) yang langsung tidak menempatkan buku, yang paling menarik pengunjung boleh rasai keunikan Game Interaktif 6D disini dan yang terkini terdapat Live Sketch Book  yang bagi aku sangat menarik yang hanya ada disini.



Disini pengunjung juga disediakan dengan kemudahan komputer berinternet dengan kadar yang sangat berpatutan bagi memudahkan para pelajar.

Terdapat ruang yang ditaja  Menteri Besar Incorporated (MBI) iaitu I-station dimana khas untuk pengguna diajar untuk belajar Coding Apps untuk Aplikasi I Phone menggunakan I Mac, tempat sangat terhad.

Bagi aku perpustakaan ni perghhh best gila...memang hari² datang sini, syabas Tuanku Sultan Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor kerana telah berjaya re-branding jadi sebuah One Stop Center yang sangat² bagus.




Waktu Perkhidmatan
Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam
Isnin - *10.00 pagi - 7.00 malam
Selasa - Jumaat - 9.30 pagi - 7.00 malam

Sabtu - Ahad - 9.30 pagi - 9.00 malam
(kecuali bagi Zon Kreatif / Bahagian
Kanak-kanak sehingga pukul 7
malam) 
Perpustakaan DITUTUP pada hari Cuti Am dan Cuti Khas.


4. Gallery Shah Alam
Bagi peminat seni lukisan pastinya tempat ni jadi tumpuan korang, disini menempatkan hasil lukisan karya seni dari anak tempatan dan juga luar negara, bagi ada yang berkenan di hati boleh saja korang membelinya.





Waktu Operasi
Isnin Jumaat :
08.30 pagi - 05.30 petang
(Ditutup pada setiap Sabtu & Ahad kecuali jika ada pameran lukisan daripada pelukis tempatan dan luar negara)
Alamat

Galeri Shah Alam,
Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
Telefon : 03-5510 5344
Faks : 03-5513 8513


5. Kebun Komuniti Shah Alam

Satu tempat yang sangat bermanfaat bagi penduduk sekitar, dengan keluasan 2.4 ekar, kebun Komuniti disini sangat cantik dan teratur.


Satu Projek dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dibawah Program Bandar Manpan untuk penduduk setempat becucuk tanam, sambil beriadah dan mengeratkan silaturahim di bawah rintisan talian TNB, di Kolam Tadahan, Jalan 8/3, Seksyen 8.


Disini semua diuruskan oleh penduduk setempat untuk mereka menanam pelbagai jenis sayuran, pihak MBSA akan menyediakan kemudahan dari segi Biji Benih, kelengkapan berkebun, pemasangan saliran air dan juga baja.

Pelbagai jenis tanaman sayur-sayuran ditanam antaranya sawi, bayam, kangkung, cili, terung, bendi, timun, tomato, peria, kacang botol, jagung, ubi keledek, ubi kayu, lengkuas, kunyit dan lemon.








Semua hasil tanaman yang sudah dituai akan diberikan kepada ahli dan penduduk setempat, jika ada lebihan maka hasil itu boleh dijual.

Peranan penduduk sekitar terhadap Kebun Komuniti adalah memastikan tanaman diselenggara dengan baik dan sentiasa disiram mengikut waktu, menggembur serta membaja tanah, membersihkan rumpai selain memastikan kawalan penyakit juga serangga perosak dikawal secara semulajadi.







“Penduduk perlu memastikan plot atau batas sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur, merumpai atau mencabut rumput di batas tanaman serta memastikan kebun tidak diserahkan atau ditukar milik mahupun dijual kepada pihak luar.

Kesemua aktiviti yang diaturkan tidak akan lengkap tanpa penginapan oleh Concorde Hotel Shah Alam.






Hotel bertarah 4 Bintang yang dilengkapi bilik yang luas serta katil yang sangat selesa, dilengkapi dengan perkhidmatan buggy untuk kaum lelaki ke Masjid pada Hari Jumaat.


Suasana Hotel yang mewah yang dilengkapi Spa, Gymnasium, dan Kolam renang, betul² terletak di pusat Bandar Shah Alam, memang sangat mudah bagi korang nak bersiar² di kawasan berhampiran.

Untuk tempahan dan maklumat, boleh rujuk seperti dibawah

Concorde Hotel Shah Alam
3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +603 5520 8000 Fax: +603 5520 8001


Akhir kata, bagi aku Selangor ni walaupun maju pesat dengan pembangunan, tetapi masih banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi.

Jutaan Terima kasih buat Tourism Selangor dan MBSA atas anjuran Program FAM trip yang sangat best walaupun dekat.



Post a Comment

0 Comments