6 Tempat Menarik Di Balik Pulau bagi Pencinta Alam Semula Jadi.



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera



Balik pulau, satu tempat di Pulau Pinang yang mempunyai pelbagai daya tarikan yang sangat menarik bagi aku.

Bila sebut je Balik Pulau mesti benda yang terlintas kat minda korang adalah Durian..😍😍😍 Durian Black Thorn dia perghhhhh padu.


Namun tanpa ku sedari rupanya ada yang lagi ohsem kat Balik pulau ni dan bagi aku tempat ni....perghhh best sangat.


Bulan Oktober yang lepas aku bersama rakan media dijemput oleh Tourism Malaysia Wilayah Utara untuk sama² menjelajah keindahan alam semula jadi  (Balik Pulau Nature Exploration) yang sangat awesome di sini.



Alhamdulillah cuaca sepanjang aktiviti selama 3 hari 2 Malam itu sangat baik walaupun ada hujan renyai² sedikit.




Kami Berkumpul di Taman Negara Pulau Pinang untuk sesi taklimat yang disampaikan oleh Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara yang sempoi Encik Ahmad Husni Bin Ahmad Basri.
Beliau menerangkan tentang tempat² yang patut diberi tumpuan dan focus utama wajib dilawati di sini.




Disamping itu kami juga diberi taklimat ringkas oleh Nature Guide disini mengenai flora dan fauna yang terdapat disini.


Apa yang ada di Balik Pulau? haaa itu yang nak cerita ni, berikut adalah 6  Tempat yang sangat awesome korang boleh buat kat Balik Pulau.


1. Center for Marine and Coastal Studies (CEMACS) @USM



Dari Taman Negara kami dibawa menaiki bot ke CEMACS, perjalanan kami lebih kurang dalam 20 minit, namun dengan keindahan pemandangan ciptaan tuhan yang sangat indah buatkan tidak terasa seperti 20minit diatas bot.




CEMACS  merupakan tempat dimana para saintis dan ahli biologi USM mengkaji hidupan laut yang ada di Pulau Pinang.



Korang akan belajar banyak benda baru kat sini, jenis² hidupan laut seperti Obor obor dan yang paling menarik Jenis spesis ikan lumba² yang ada di Pulau Pinang...

woow tak sangka kan...kat Pulau Pinang ada ikan lumba².

aku diberitahu kebanyakan hidupan laut disini memakan sisa buangan manusia ke laut seperti plastik. Dan kebanyakan ikan yang kita makan hari² mengandungi plastik..😮😮😮


So korang tolonglah jangan buang sampah ke dalam laut ok.

Memandangkan di Pulau Pinang ni banyak obor obor, maka kami diberitahu supaya membawa cuka sekiranya ingin mandi di Pantai, kerana cuka boleh menghilangkan bisa obor dari merebak.

Bagi aku tempat ni sangat bagus untuk murid² sekolah dan kanak² untuk mereka mengenali pelbagai spesis hidupan laut.










2. Teluk Kampi Trails


Bagi mereka yang sukakan aktiviti luar, suka berkhemah dan ingin bersatu dengan alam semula jadi, kat sini sangat awesome, korang boleh berkhemah dengan selamat tanpa ada gangguan hidupan liar.






Tapak perkhemahan yang bersih dan dilengkapi dengan platform simen untuk korang dirikan khemah, siap ada tempat memasak lagi, cumanya korang kena pergi dengan Nature Guide. Ya lah siap sedia untuk sebarang kemungkinan perkara yang tidak diingini.



3. Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pantai Kerachut.



Bersebelahan dengan Teluk Kampi, Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pantai Kerachut ini merupakan tempat dimana Pihak Perhilitan akan mengawasi telur² penyu yang bertelur disini.



Kegiatan mencuri telur penyu masih berleluasa dan ianya sangat tidak bermoral, disebabkan itu perlunya ada Pusat sebegini. Ini kerana dalam beribu anak penyu yang netas, cuma dalam 5 ekor saja yang akan berjaya hidup.


Disini juga mereka akan merawat penyu yang cedera dan dilepaskan. Penyu jenis Agar merupakan penyu yang paling banyak disini.


Satu fakta yang aku belajar kat sini ialah, setiap jantina penyu itu ditentukan oleh tempat si ibu penyu bertelur ingat perkataan magis ini "Hot Girl, Cool Guy".



Bagi penyu Betina yang ingin bertelur, jika dia inginkan anak nya berjantina Jantan, dia akan cari tempat yang teduh seperti di bawah pokok, manakala untuk dapatkan jantina betina, si ibu akan bertelur di kawasan yang bersuhu panas. Menarik bukan, sungguh hebat kuasa Tuhan..

Jadi teranglah istilah " Hot Girls, Cool Guy" . 😊😊😊





Fakta menarik bagi setiap penyu yang bertelur disini, mereka pasti akan kembali betelur lagi di tempat yang sama, ini kerana di minda mereka ada ingatan yang seumpama GPS yang akan set kan lokasi tempat mereka bertelur.


4. Tasik Meromiktik

Hanya 10 Minit berjalan kaki dari Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu korang akan sampai ke satu tempat yang bagi aku sangat menakjubkan dan sungguh hebat ciptaan Tuhan, iaitu Tasik Meromiktik.



Tasik Meromiktik terjadi pabila air masin dan tawar bergabung, dimana air laut membanjiri ke dalam tasik atau sungai dan korang akan dapat lihat dua warna air yang berbeza.



Malangnya oleh kerana kegiatan manusia di Laut Pulau Pinang ini, kini sudah beberapa tahun kejadian tasik Meromiktik ini tidak dapat disaksikan.


5. Mangrove Tour Sungai Pinang



Satu aktiviti yang sangat mendamaikan dan menarik dimana korang dapat menyaksikan pelbagai spesis hidupan sepanjang paya bakau, seperti helang siput, bangau, burung Raja Udang, Burung Puchong dan Belacak, Belacak kat sini saiz dia agak besar....amazing.






Dan dan.....apa yang paling menakjubkan ialah semasa kami melusuri laut menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan kami dihampiri sekumpulan ikan Lumba lumba....woow rasa macam tak percaya...dapat tengok ikan lumba² secara dekat di habitat mereka.






Memang satu pengalaman manis yang akan tersemat di ingatan, rasa teruja giler....😍😍😍


6. Penang ATV Eco Tour



Bagi korang yang gemarkan aktiviti lasak, di Balik Pulau juga korang boleh mengelilingi kampung dengan memandu ATV.





Trek sepanjang 10 Kilometer korang akan dibawa pusing keliling kampung, masuk hutan dan yang paling best korang keliling sawah padi yang menghadiahkan korang dengan pemandangan sawah padi yang indah berlatabelakangkan gunung ganang yang menawan disertakan burung bangau yang putih menawan.










Kebiasaan pengunjung akan memilih waktu petang dimana mereka dapat menyaksikan matahari terbenam di kawasan sawah padi.


Perkara wajib yang korang kena cuba dan alami nya sendiri, bertuah sungguh warga Balik Pulau....ni yang buat nak duduk Balil Pulau ni..



PENANG ATV ECO TOUR PRICE

NORMAL RATE: MALAYSIAN WITH MYCARD
RM100 per ATV for 1 Pax (Single)
RM150 per ATV for 2 Pax (Double)

NORMAL RATE :NON LOCAL WITHOUT MYCARD

RM150 per ATV for 1 Pax (Single)
RM200 per ATV for 2 Pax (Double)

SUNSET SLOT ADDITIONAL (6PM ride only)

RM50/PER TRIP

MINIMUM BOOKING FOR 1 TRIP IS 2PERSON (FOLLOW BY MARSHAL)

Beralamat : 298, Mukim I, Kampung Perlis, Balil Pulau.

Untuk Tempahan:

Sila Hubungi Kami 


+6013-4803866 AYDA (WASAP/CALL)
+6019-4621883 ZAKI   (WASAP/CALL)
+604-8660284 (9am-6pm)

Instagram: penangatvecotour


Terima Kasih Tourism Malaysia Wilayah Utara untuk program yang sangat bermanfaat ini.






Post a Comment

2 Comments

  1. menariknya! aktiviti di balik pulau

    ReplyDelete
  2. ROku network that will always entertain you . for more about Roku visit the below link
    Roku.com/link

    ReplyDelete