Jamuan Makan Besar CNY2020 Yang Lazat dan Meriah Hanya Di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Sekejap je rasa kita baru sambut Tahun Baru 2020, dan kini tidak lama lagi Tahun Baru Cina pula bakal menjelma, wah.... seronok cuti lagi...hehehe

Bagi yang balik ke kampung tu moga semuanya dimudahkan urusan dan baik² saja, dan tidak ketinggalan juga bagi yang sambut di bandar moga semuanya happy² saja.


Makan besar memang wajib bagi kaum Cina ketika Sambutan Tahun Baru, masa ni lah mereka semua ahli keluarga Berkumpul untuk meraikan bersama, saat indah yang mendamaikan.

Bagi yang Inginkan keselesaan, rasa yang lazat dan sedap aku cadangkan untuk korang yang tak tahu nak kemana untuk Jamuan Makan Besar bolehlah ke Restoran Tung Yuen, di Grand BlueWave Hotel Shah Alam.


Pada tahun ini, untuk menambah kemeriahan musim perayaan, Restoran Cina Tung Yuen di Grand BlueWave Hotel Shah Alam mengalu-alukan ketibaan Tahun Baharu Cina 2020 dengan aneka masakan yang lazat sepanjang bulan Januari 2020 sehingga bulan Februari 2020.
Ianya disediakan oleh chef khas dalam masakan cina yang diketuai oleh Chef Patrick Ng.


Makan besar tidak lengkap tanpa hidangan Yee Sang. Ia merupakan hidangan tradisi yang menjadi simbol kepada nasib yang baik, kesihatan dan kekayaan. Oleh itu, Auspicious Yee Sang Selection sememangnya perlu dinikmati ketika berada disini. Terdapat tiga pilhan Yee Sang yang boleh dicuba iaitu

  1. Yee Sang with Sliced Abalone and Salmon Fish, 
  2. Crispy Fish Skin, Yee Sang with Salmon Fish and Crispy Fish Skin 
  3. dan juga Vegetarian Yee Sang. 

Dengan Harga yang Sangat Berpatutan iaitu RM40.00+.

Selain itu, anda juga boleh menikmati makan besar bersama ahli keluarga sempena perayaan yang penuh makna ini dengan memilih set Deluxe Prosperity Treasure Pot Packagae – Prosperity Delxe “Lo Hei Poon Choy” Special.

Untuk set ni, korang akan dapat merasai menu-menu lazat seperti 
  • Yee Sang with Salmon Fish and Crispy Fish Skin.
  • Double Boiled Chicken Soup with Madagascar Coconut and Black Garlic.
  • Halal Deluxe “Lo Hei Poon Choy”.
  • Baked Fish Fillet with Salted Egg Yolk and Milk.
  • Stir Fried Hong Kong Seasonal Vegetable with Whole Garlic, Eight Treasure.
  • Dried Oyster.
  • Fragrant Rice in Lotus Leaf dan Mixed Fruit Platter.

Set ini ditawarkan dengan harga RM1188.00+ setiap set.

Satu lagi set yang ditawarkan sempena Tahun Baharu Cina kali ini Auspicious Good Luck Set Menu. Set ini mempunyai lapan jenis hidangan termasuklah 
  1. Yee Sang with Salmon Fish and Crispy Fish Skin, 
  2. Double Boiled Chicken Soup with Madagascar Coconut and Black Garlic, 
  3. Crispy Boneless Chicken with Roast Sesame Paste, 
  4. Fried White Shell Prawn with Mayonaise and Crispy Fried, 
  5. Steam Red Garoupa with Black Ear Fungus and Premium Oyster Sauce, 
  6. Braised Black Mushroom, 
  7. Baby Abalone and Fish Maw with Brocolli, Black Pepper Fried Rice with Chicken,
  8. Chilled Sea Coconut with Sea Bird Nest (Seaweed Jelly) and Lemon. 



Auspicious Good Luck Set Menu ini berharga RM1288.00+. 

Menu promosi Tahun Baharu Cina yang amat menyelerakan ini boleh didapati di

Restoran Cina Tung Yuen, Aras 1 bermula 15 Januari 2020 sehingga 15 Februari 2020 


Waktu Operasi

dari jam 11.30 pagi sehingga 2.30 petang bagi sesi makan tengahari manakala untuk 

sesi makan malam, ia bermula dari jam 6.30 malam sehingga 10.30 malam. 


Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi Telepemasaran di talian 03-55111833 sambungan 2723, 2724, 2606. 



Boleh juga                            email ke telemarketing@bluewavehotels.com.



Layari laman sesawang kami untk maklumat lanjut di www.bluewavehotels.com.





Post a Comment

1 Comments