Lapowey - Murah Rezeki Bersama Berinfaq Makanan


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera



Alhamdulillah sekejap je kita dah nak sambut bulan Ramadhan, bulan yg dimana setiap amalan akan digandakan.

Aku dengan kawan² ada terlibat dengan satu projek Infaq makanan Dengan team Lapowey untuk orang yg memerlukan.


Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu : “Bahwasanya ada seseorang pernah mengadukan kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam tentang kerasnya hatinya. Maka Beliau bersabda :

إِنْ أَرَدْتَ تَلْيِيْنَ قَلْبِكَ فَأَطْعِمِ اْلمـِسْكِيْنَ وَ امْسَحْ رَأْسَ اْليَتِيْمِ

“Jika kamu ingin melembutkan hatimu maka berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim.” (HR Ahmad II : 263)

Apa Itu Projek Lapowey?

Projek Lapowey ini bertujuan untuk mereka yg berkemamapuan lebih dan badan korporat, untuk membuat sedekah infaq makanan kepada rumah kebajikan seperti rumah anak yatim , rumah orang tua , frontliners (polis,bomba dll) dan para pejuang pasukan kesihatan kita.

Pihak PENDERMA hanya perlu membuat tempahan kepada pihak Lapowey mengikut menu yang yang ada dan kuantiti yang diperlukan. 

Terdapat 6 menu pilihan dan sekurangnya tempahan adalah 100 pax


Pihak Lapowey pula akan masak dan seterusnya membuat penghantaran secara PERCUMA kepada rumah2 kebajikan terpilih atau yang di pilih oleh PENDERMA. 

Pengahantaran adalah PERCUMA sekitar Lembah Klang Sahaja dan untuk urusan penghantaran di luar Lembah Klang pihak penderma boleh berbincang dengan pihak pengurusan Lapowey

Setiap kali pengahantaran yg dibuat Pihak Lapowey akan memuat naik bukti kepada pihak penderma dan media sosial (tanpa mendedahkan maklumat penderma) bahawa infaq makanan telah selesai disampaikan bagi pihak penderma.

Setiap set menu datang dengan sebotol air mineral dan kurma dalam portion makanan yg bagi aku ngam dengan harga hanya RM8... murah tu dan sememangnya sedap.


Antara set menu yang korang boleh pilih adalah:
1) Set A - Briyani Kambing Tok Cu
2) Set B - Ayam Percik Merecik
3) Set C - Briyani Kambing Kelate
4) Set D - Daging Salai Gomoncheh
5) Set E - Briyani Ayam Merah
6) Set F - Ikan Masam Manis


Untuk sebarang pertanyaan mengenai Infaq Ramadhan Lapowey sila hubungi nombor-nombr yang tertera dibawah.

Facebook : Lapo Wey
Instagram : @lapo_wey

Office : 03-77341278
Call/Wasap Person Incharge : 


#LapoweyXkbba9 
#ProjekInfaqRamadhan2021
#MurahRezeki
#MurahMeriahSedap
#Ohsemnow
#kbba9 
#kelabbloggerbenashaari

*Tempahan awal adalah digalakkan

Post a Comment

2 Comments

  1. usaha yg bagus,lapor balik tgk gabar sedap2 menu pun

    ReplyDelete
  2. sedapnya tgk menu.. jd lapo ngk nye.. barulah penderma yakin nak infaq untuk ramadhan nie..

    ReplyDelete