F&N Life Apps: Resepi Inspirasi Menarik

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Bulan puasa selain dari kita beribadah, bulan ni jugak dimana pelbagai menu masakan dan minuman akan lalu lalang dekat kita punya social media.


Jejaka bujang macho macam aku memang kadang² tak ada masa nak cari resepi yang sedap dan mudah untuk cuba masak bagi juadah berbuka.


Just few days before ni aku ada cerita kat korang yang aku Shopping beli barangan F&N guna apps je kan.

Rupanya bukan sekadar produl jualan je ada kat dalam apps tu tapi terdapat pelbagai menu resepi yg boleh korang jadikan inspirasi untuk cuba.


Aku pun bukanlah rajin sangat nak cuba² resepi ni tapi bila dah scroll satu² menunya rupanya tak lah susah, kita boleh pilih resepi ikut kesesuaian masa kita.



Terdapat Pelbagai Resepi Boleh Dicuba









Baca juga F&N Life Apps


Korang boleh juga share resepi yg dibuat kat socmed korang, manatau jadi inspirasi lagi² dalam bulan Ramadan ni... yg penting guna #FNRecipes



Moreh Bersama Soya Choco




Malam tadi lepas selesai solat, teringin minuman panas, yelah sekarang kan musim hujan, sejuk² ni dapat minum air soya panas2 perghhh best tu.

Scroll resepi kat F&N Life apps untuk minuman panas, jumpa Soya Choco. Memang kena lah dengan tekak, apa lagi terus buat.

Resepi yang sangat mudah hanya guna 2 bahan je, Air Soya dan Serbuk minuman choco.




Cara - cara penyediaan

1. Panaskan Air Soya dengan api perlahan.

2. Kemudian campurkan serbuk minuman koko.

3. Kacau hingga sebati

4. Tuangkan kedalam cawan

5. Siap.


Minum pulak dengan biskut Raya tak pun biskut kering.... perghh ohsem giler.


Info Lanjut

FB: F&N Fun
Instagram: @fnn_malaysia


Download F&N Life Apps 







Post a Comment

1 Comments