Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah buat kita semua yang masih dikurniakan hidup pada hari terakhir tahun 2021 yang agak mencabar ini.
Pada pemghujung 2021 ni negara kita dilanda bencana banjir yg teruk sehingga ramai yg hilang tempat berteduh dan ada yg kehilangan ahli keluarga yg tersayang.
Alhamdulillah hikmah musibah banjir kali ini, kita dapat melihat yang rakyat Malaysia ini sangat perihatin dan sangat² baik dan murah hati.
Pihak Lembaga Zakat Selangor giat membantu dgn memberi bantuan makanan pada mangsa yg terlibat, ini semua berkat dari Anda Pengeluar Zakat.
Menunaikan Zakat itu wajib pada kita yang layak dan mampu.
Tiada masa untuk ke Cawangan Zakat berhampiran tidak menjadi masalah.
Zaman sekarang semua benda dah jadi senang, boleh saja bayar zakat melalui mesin ATM, jom saya tunjuk bagaimana caranya.
Saya yakin Yang semua dikalangan kita mempunyai Akaun Simpanan di Bank.
Antara Bank yang tersenarai untuk korang bayar zakat guna mesin ATM
1. Setelah masuk kad ATM, korang pergi ke Menu Lain Lain.
2. Kemudian Pilih, Pembayaran Bill
Sebagai tambahan, bagi pemegang Kad ATM (Smart Kad) Bank Islam korang perlu dahulu mendaftar di mana2 Cawangan Bank Islam terdekat. Selepas berjaya daftar korang akan diberikan 'Kod Penerima'.
Pembayaran Zakat melalui mesin ATM ini korang boleh lakukan dimana2 cawangan di Lembah Klang dan Seluruh Negeri Selangor.
Dinasihat juga, bagi yang telah membuat bayaran Zakat melalui mesin ATM korang perlu menghubungi Pejabat Lembaga Zakat Selangor (MAIS) untuk kemaskini Proses kutipan bayaran zakat korang. Mudah saja kan.
Berzakat Sambil Berpeluang Menang!!
Kempen Jom Tunai Zakat: Menang dan Kongsi (Wang Simpanan Haji)
Dari 15 November - 31 Disember
Korang berpeluang memenangi hadiah menarik dan berkongsi hadiah yang dimenangi dengan asnaf.
Untuk makluman lanjut sila layari:
TUNAIKAN ZAKAT ANDA
Semak bayaran & penyata zakat: https://ezo.zakatselangor.com.my
Facebook Lembaga Zakat Selangor
0 Comments