Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Sedih tengok kawan2 yg ditimpa musibah banjir, sekarang musim hujan dah tak menentu, kawasan rumah aku yg dahulunya kering pun terkena jugak banjir.
So kat sini aku nak kongsi Tips korang boleh guna untuk hadapi semasa banjir.
1. Selamatkan Dokumen Penting.
Dokumen Penting mcm sijil lahir, surat beranak, sijil universiti dan sijil2 yg penting korang asingkan siap2 dalam satu bekas/beg yg kalis air.
2. Sediakan Peralatan Kecemasan
Musim banjir ni air dia kita tak jangka, kadang ² terus naik, jadi korang kena standby barang mcm
- Power Bank
- Lampu Suluh
- Peti Kecemasan
- Makanan Tinggi Kalori untuk tenaga
- wisel dan jaket keselamatan
- Alat Telekomunikasi
3. Sentiasa Peka dengan Ramalan Cuaca dari Jabatan Cuaca dan Media Massa
4. Pastikan semua Ahli keluarga ada bersama kita.
5. Cari dan ambil tahu mengenai Pusat Pemindahan Sementara dan kawasan selamat jika diarahkan berpindah dari kediaman sendiri. Jangan degil jika diarahkan ke Pusat Pemindahan kerana anda akan menyusahkan penyelamat.
6. Pastikan anak- anak tidak bermain dengan air banjir dan elakkan diri daripada berjalan kaki di kawasan air banjir yang sedang melimpah kerana bimbang terjadi kecelakaan ketika masuk kedalam air kerana air yang tidak semestinya tiada buaya.
7. Segera pindahkan harta benda ke tempat yang lebih tinggi di dalam rumah seperti di loteng atau atas almari untuk mengelakkan kerosakkan banyak barang yang mahal dan berguna.
8. Parkir kenderaan kita di kawasan yg tinggi dan selamat.
sebenarnya banyak lagi tips, kalau korang ada boleh tambah kat ruang komen.
Dan yang paling penting jaga diri jaga keluarga. Moga kita semua sentiasa dibawah Rahmat Allah.
0 Comments