Korang dah buat Taksiran Zakat? Belum? Tahukah korang yang semua kerja berpendapatan dan harta daripada hasil itu wajib dizakatkan.
Sekarang Lembaga Zakat sedang menggalakkan orang ramai untuk membuat Taksir Zakat dan mereka berpeluang menang hadiah menarik sempena Kempen Bulan Taksir Zakat. Seronok kan sambil kita berzakat boleh menang hadiah.
Kempen ini bertujuan untuk membantu pembayar zakat untuk mengetahui nilai sebenar yg perlu dilunaskan oleh mereka bagi jumlah harta mereka.
Khususnya bagi pembayar zakat di Selangor kempen ini dapat memberi info bagaimana mereka boleh mengira sendiri Zakat mereka dengan lebih mudah dan tepat.
Kerja mudah dan sangat senang, korang hanya perlu ikut langkah2 yg diberikan dan sekaligus berpeluang menang pelbagai hadiah menarik. Kempen bermula dari tarikh 15 Jun hingga 31 Julai 2022.
Rata2 dari kita mungkin hanya tahu berkaitan Zakat Fitrah yg dibayar pada setiap tahun di bulan Ramadan dan Syawal. Tapi tahukah korang Zakat Harta jugak wajib ditunaikan bagi mereka yg sudah penuh syarat.
Kiraan Zakat Harta - 2.5% dari jumlah harta.
Apa pula Zakat harta itu, hasil daripada sumber apa? Jangan risau kat bawah abang dah senaraikan Jenis2 Zakat harta yg boleh korang Tunaikan.
Sekarang zaman serba canggih, korang boleh Tunaikan Zakat dengan guna Aplikasi Zakat Selangor mahupun melalui laman web Lembaga Zakat Selangor. Sangat Mudah kan.
Agihan oleh Lembaga Zakat Selangor
Dengan wujudnya " Skuad Jejak Kemiskinan" yang bertanggungjawab dalam memegang amanah untuk membuat bancian siasatan dan agihan zakat seadilnya dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Siapa yang layak untuk dapat Zakat?
Mereka dibawah inilah yang layak untuk mendapat Zakat.
1. Fakir
2. Miskin
3. Amil
4. Muallaf
5. Gharimin (Asnaf yg mempunyai hutang)
6. Riqab (Asnaf yg masih belum merdeka sebagai hamba)
7. Fisabilillah
8. Ibnu Sabil (Musafir)
Korang boleh usha2 laman web Lembaga Zakat Selangor untul ketahui segala aktiviti yg dilakukan oleh pihak mereka.
Info Lanjut Mengenai Lembaga Zakat Selangor
Website : Zakat Selangor
Instagram : @zakatselamgor
Facebook : Zakat Selangor
Marilah Kita Ramai2 Taksir Zakat bersama Lembaga Zakat Selangor
1 Comments
Alhamdulillah, memang wajib bayar zakat bagi yang layak. Apa pun, artikel ini memberi manfaat tentang zakat. Saya dengar Zakat Selangor ni laju buat kerja. Terbaiklah
ReplyDelete