Rawatan Oxydermal Hydrating - Kembalikan Kelambapan Kulit
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Aku ni jenis yang banyak terlibat dengan kerja2 luar dan banyak lakukan aktiviti outdoor, jadi baru2 ni aku buat keputusan untuk buat rawatan muka kat MBH Medispa cawangan Shah Alam yang terletak di Seksyen 15.
Kebetulan aku punya temujanji that time lepas waktu lunch which is pukul 2, dan Alhamdulillah aku sorang je yang ada temujanji pada waktu tu.
Dia punya Spa memang bersih dan dapat rasa positif vibes or energy bila kita masuk, staff yang entertain aku hari tu Mis Glen yg sangat peramah dan knowledgeable. Sebelum decide nak buat rawatan apa yg sesuai, dia akan scan dulu kulit wajah aku dan tentukan jenis rawatan berdasarkan keadaan kulit muka aku.
Hasil dari scan mendapati yg kulit aku pada waktu itu mengalami masalah kekeringan dan banyak sel kulit mati, ya lah mana tak nya, sebelum rawatan tu aku baru je balik dari kerja di Semporna selama 3 bulan, memang kering muka.
Masalah Kulit aku
1. Kehilangan kelembapan
2. Kulit Kering
3. Kulit Berminyak
4. Sel Kulit Mati
5. Liang Pori Terbuka
Mis Glen cadangkan aku jalani Rawatan Oxydermal Hydrating yg mana boleh memulihkan dan kembalikan kelembapan kulit wajah aku dan semua masalah diatas.
Apa itu Rawatan Oxydermal Hydrating
Rawatan yang berperanan untuk membekalkan sumber oksigen yang mencukupi untuk membantu merawat masalah kulit kering dan kasar.
Rawatan sesuai untuk?
- Kulit kering
- Kulit kasar
- Kulit menggelupas
Kebaikan Rawatan
- Membantu melancarkan sistem limfatik dan peredaran darah
- Membantu mengatasi masalah kulit kasar dengan penggunaan mikrodermbrasion
- Membantu meningkatkan metabolisma sel-sel kulit
- Penembakan oksigen ke kulit wajah dengan penggunaan HA Essence dapat membantu mengatasi masalah kulit kering dan dalam masa yang sama penyerapan serum akan lebih cepat dan baik.
- Tiada downtime
- Dapat mengatasi masalah kulit yang sensitif hasil dari penggunaan mesin oksigen
- Membantu membuang sisa toksin melalui proses sedutan
Sesi rawatan ni mengambil masa dalam 1jam 30minit lebih kurang macam tu, sepanjang rawatan berlangsung consultant akan jelaskan setiap proses yg dijalankan.
Kulit wajah sebelum jalani rawatan
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan memang ketara perubahan Kulit selepas rawatan.
Rawatan dia merangkumi banyak proses, aku tak dapat nak rakam satu2 sebab hanya mis Glen sorang je consultant pada waktu tu.
Maklumat Lanjut
Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai jenis rawatan yang MBH Medispa sediakan, korang boleh klik pada kini media social diorang kat bawah ni, atau call
+60 129137562 (Mis Glen) MBH Shah Alam
Social Media
Laman Web Rasmi MBH Medispa
0 Comments