Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Evolusi pembelajaran akan sentiasa berubah mengikut zaman dan keadaan, dahulunya kita harus bersemuka dengan guru untuk menuntut ilmu. Namun sejak Dunia dilanda bencana wabak C0v!d19 segalanya berubah dimana hampir setiap aspek kerja dan pembelajaran semuanya dilakukan menerusi atas talian dirumah.
Ibu bapa dan guru bekerja keras untuk memastikan anak2 dan murid mereka dapat menimba ilmu walaupun dalam keadaan yg tidak perlu bersemuka, kebanyakan pusat tuisyen mula mengambil langkah dalam mengadaptasi perubahan sistem pembelajaran pada masa kini.
Namun tidak semua pelajar mampu untuk belajar menerusi tuisyen atas talian.
Alhamdulillah baru2 ni aku ke Majlis Pelancaran aplikasi pembelajaran dalam talian, Rely. Aplikasi dimana ianya akan memanfaatkan para pelajar dan juga ibu bapa, sebabnya ianya khas untuk golongan B40 dan bagi ibu bapa yg berpendapatan rendah.
Menerusi ReLY pembelajaran yg semuanya dilakukan atas talian dan secara langsung dimana pelajar akan dibekalkan nota dan rakaman sebagai rujukan, mudah sangat dan hanya perlu usaha untuk berjaya.
Aplikasi ini (ReLY) yang mana ianya dikendalikan oleh FlyHigh Training Centre dilancarkan secara rasminya pada 7 September 2022 dan akan memulakan kelas pembelajaran secara percuma di seluruh Malaysia pada 16 September 2022.
Pada mereka yg berminat dan rasa seronok selepas sesi kelas percuma itu, boleh mula kelas berbayar pada 1 Oktober 2022.
Kenapa ReLY? Mari aku senaraikan apa kelebihan yg pelajar perolehi menerusi ReLY.
- Kelas Pembelajaran secara atas Talian dan Secara Langsung (live)
- Rakaman live diberikan secara percuma
- Pelajar boleh memilih subjek dan guru kegemaran masing-masing
- Interaktif dan Menarik
- Nota dan set soalan boleh dimuat turun pada bila2 masa
Untuk info lanjut , sila layari website berikut www.relyedu.com
Untuk memuat turun aplikasi ReLY https://www.relyportal.com/android/ReLY.apk
Buat masa sekarang hanya ada untuk Android dahulu
0 Comments