Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Kemampuan untuk memiliki sesebuah rumah makin sukar setiap tahun ditambah pula dengan kenaikan harga rumah yang memang diluar kemampuan rakyat.
Cov1d!19 melanda dunia dan rata2 masyarakat di seluruh dunia mengalami masalah kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.
Natijahnya sektor perumahan mengalami penurunan yang agak ketara dimana kadar jualan rumah sedikit dan berkurangan berbanding dengan unit yg dibina selepas Cov1d19 berunsur pulih. Jadi persoalan nya disini adakah berbaloi untuk memiliki sesebuah rumah selepas Cov1d19. Tepuk Dada Tanya Poket Masing2.
5 Tips Untuk Anak Muda Beli Rumah Pertama!
1. Beli Rumah Yang Harga lebih Rendah
Tepuk dada tanya pemdapatan masing2, jangan terlalu mengikut trend kawan2 yang memiliki rumah yang mewah, ukurlah pada pendapatan sendiri. Sangat penting untuk kita ukur dan kira2 jumlah kos yang perlu kita sediakan kiraan kos sesebuah rumah.
2. Jangan Beli Rumah Besar
3. Semal CCRIS dan CTOS
Pastikan kita tiada hutang tertunggak dengan pihak bank seperti PTPTN, loan motor, kereta, pinjaman AEON, personal loan dan sebagainya.. Jika penyata tidak cantik, susah bank ingin luluskan pinjaman korang, tapi jika semuanya cun perghhh laju je Bank luluskan pinjaman.
4. Beli dengan Ajen
Jangan sesekali berlagak pandai dan terjah saja, sebab jika ilmu cetek bab pembelian rumah kemungkinan kita untuk ditipu itu adalah sangat tinggi. Sebaliknya kita bermula dengan melalui ajen sebab mereka akan uruskan semua dari A-Z yang bersesuaian dengan bajet korang
5. Lokasi
Lokasi kita nak membeli rumah sanagat penting, pastikan ianya tidak terlalu jauh dari segala kemudahan dan yang paling penting tidak terlalu jauh dari tempat kerja. Lokasi yang bagus jugak akan membuatkan rumah kita melonjak harga kelak jika kita berhasrat untuk menjual. Ini kerana harga setiap rumah berbeza mengikut lokasi
Berikut adalah pendapat aku untuk anak2 muda yang ingin memulakan langkah dalam membeli rumah pertama pada usia muda. Rumah memang satu aset keperluan untuk semua dan jika kita mampu memiliki lebih baik dari menyewa setiap bulan.
Yang penting tepuk dada masing2 tanya pendapatan setiap bulan. Jangan terlalu terikut trend rumah besar2 dan akhirnya terjerat sendiri.
Kat bawah ni aku ada sediakan gambar dan pautan untuk korang buat kira2 kos yang korang harus sediakan untuk memiliki sesebuah rumah.
Cara Kira2 Guna UK Mortgage Kalkulator
0 Comments