Rawat Jerawat di Klinik Dr Bazilah, Dr Bertauliah Merawat Jerawat dan Kulit

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

 

Jerawat?  Aku rasa rata2 diantara kita semuanya pernah mengalami dan merasakan kulit muka berjerawat, Cuma ianya bergantung sama ada teruk ataupun tidak.

 

Sering jugak tertanya2 apa punca kulit muka jadi berjerawat, pemakanan kah?Genetik kah?

 

Mari teruskan baca, sebab abam nak kongsi serba sedikit pasal jerawat, punca dan cara merawat jerawat.

 

Apa itu jerawat?

 

Apa itu jerawat, juga dikenali sebagai acne vulgaris, adalah keadaan kulit yang berlaku apabila folikel rambut anda menjadi tersumbat dengan kulit mati dan minyak mengakibatkan keradangan. Doktor Jerawat Bertauliah, KL

 

Kelenjar yang menghasilkan minyak di bawah kulit anda dipanggil kelenjar sebaceous dan lubang di kulit anda dipanggil liang (pore).

 

Folikel rambut adalah komponen yang menghubungkan liang kepada kelenjar sebum anda.

 

 

 

Punca Terjadinya Jerawat


1. Alahan Kepada Makanan

Terlalu banyak makan makanan yang bergoreng, pedas, kopi, coklat dan kekacang yang boleh memburukkan keadaan kulit yang berjerawat.

Minum air yang tidak mencukupi mengurangkan pengaliran darah badan. Oleh yang demikian, toksin dalam badan akan kekal lama dan menyebabkan jerawat bertambah teruk.

Rawatan Jerawat, Shah Alam

2. Tidur

Sistem pembaikan sel-sel badan tidak berfungsi dengan baik dalam keadaan kekurangan tidur. Kita harus tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari untuk sistem imunisasi yang optimum. Jam pukul 12mlm-3pagi merupakan masa penting untuk badan kita memperbaiki sel sel badan.

 

3. Pemilihan Produk Yang Salah.

Produk kulit yang tidak sesuai seperti terlalu berminyak, make up yang boleh menyumbat liang roma merupakan faktor utama yang menyebabkan jerawat. Tabiat sering bertukar produk kulit juga menjadi punca jerawat tidak dapat dirawat dengan baik.

 

4. Bakteria

Menyentuh dan memicit jerawat mengundang lebih banyak bakteria menjangkit kulit kita. Memicit jerawat yang berjangkit boleh menyebarkan jangkitan di sekelilingnya. Ini menjejaskan pemulihan jerawat dan menyebabkan parut hitam selepas jerawat.

 

5. Hormon Tidak Seimbang

Masalah hormon yang tidak seimbang menyebabkan punca jerawat tumbuh dengan lebih banyak dan lambat untuk sembuh. Ini kerana Kelenjar sebaceous mengeluarkan banyak sebum sehingga liang roma tersumbat . Ia terus dikeluarkan sehingga jerawat bertambah banyak dan menjadi bengkak dan merebak. Hai ini sering berlaku dalam keadaan tekanan hidup, kurang tidur atau hormon dalaman yang tidak seimbang.

 

6. Penjagaan Muka Yang Tidak Berterusan

Tidak berdisplin untuk megikuti basic jagaan muka iaitu memakai cleanser, toner, moisturiser, anti-blemish dan sunblock menyebabkan kulit kurang imunisasi dan jerawat menjadi lambat pulih.

 

7. Terdedah Dengan Persekitaran

Terdedah dengan udara yang kotor dan cahaya matahari tanpa perlindungan mencetuskan “free radical”dalam kulit kita, menjadi kulit lambat pulih dan menjadi kusam.

 

Jenis-jenis Jerawat

 

1.     Blackead (Bintik Hitam)

Kumpulan minyak dan sel kulit mati yang terbuka dan teroksidasi dengan udara yang menyebabkan ia berwarna hitam. Hitam yang kelihatan itu bukanlah kotoran tetapi pigmen kulit-melanin yang bertindak balas dengan oksigen di udara.

Merupakan jenis jerawat yang tidak menyebabkan keradangan.

 

2.     Whitehead (Bintik Putih)

Merupakan keadaan di mana kumpulan minyak dan sel kulit mati bercampur dan menyumbat liang pori. Situasi ini seterusnya akan memerangkap sebum (minyak), dan bakteria. Anda akan melihat bintik putih di atas permukaan kulit anda.

Juga merupakan jenis jerawat yang tidak menyebabkan keradangan.

 

3.     Papule

Ia merupakan jerawat blackhead yang menjadi radang kerana tidak dirawat dan dijangkiti bakteria. Ia membentuk benjolan merah atau merah muda pada kulit.

 

Jerawat ini sangat sensitif kepada sentuhan. Memicitnya akan membuatkan keradangan menjadi lebih teruk dan mengakibatkan parut.

 

 

 

 



 

4.     Pustule

 

Jerawat ini berlaku apabila bintik merah meradang dan tidak diubati dan akan kelihatan jerawat bernanah sama ada berwarna putih atau kuning. Ada yang memanggilnya sebagai jerawat matang.

 

Elakkan daripada memicit atau meremas jerawat ini kerana perbuatan itu boleh menyebabkan parut dan masalah jerawat yang semakin kronik.

 

 


5.     Nodule

Jenis jerawat ini dikenali sebagai jerawat batu. Keadaan jerawat ini adalah besar dan terdapat benjolan meradang. Jerawat ini boleh berlaku apabila liang pori tersumbat dan bakteria sudah masuk ke lapisan paling bawah. Doktor Jerawat Bertauliah,Shah Alam

 

Selalunya jerawat ini adalah serius sekiranya tidak dirawat. Keadaan ini sudah pastinya menyebabkan keyakinan diri individu semakin berkurangan.

 



Cara Merawat Kulit Muka Berjerawat

Korang tak perlu terlalu bimbang, kerana keadaan ini mungkin boleh dicegah dan dirawat dengan mengamalkan tip-tip yang mudah seperti berikut: Rawatan Jerawat, Bangi

 

·    Cuci kulit muka anda setiap hari dengan pencuci yang lembut, yang lagi sesuai untuk hilangkan lebihan minyak, bakteria dan kotoran.

 

·       Syampu rambut dengan kerap supaya minyak tidak akan turun ke muka.

 

·       Pilih alat solek yang hanya berasaskan air atau dilabel sebagai non-comedogenic.

 

·       Elak memicit atau menyentuh jerawat kerana ia berisiko menyebarkan minyak dan bacteria.

 

·       Elak menyentuh muka dengan tangan yang kotor agar kulit muka kekal terjaga

Sekiranya anda telah cuba tip-tip berikut namun jerawat biasa, jerawat nanah dan lain-lain masalah akne masih menghantui, sila dapatkan nasihat daripada doktor kulit. Rawatan Jerawat di Shah Alam

Mereka mungkin akan membekalkan anda dengan ubatan topikal yang perlu disapu pada kulit bermasalah agar kondisi ini dapat dicegah dan dirawat.

 

 

Korang dah serik cuba bermacam jenis produk untuk atasi masalah kulit berjerawat? Sudah tiba masanya untuk serahkan pada Doktor yang bertauliah merawat jerawat korang tu.

 



Untuk pertanyaan , nak dapatkan khidmat nasihat atau temujanji untuk rawatan, boleh hubungi Klinik Dr Bazilah

Whatsapp Kami Sekarangwa.me/60196571563

Temujanji: http:temujanjidrbazilah.wasap.my

 

Website: www.klinikdrbazilah.com

Facebook: klinikdrbazilah

Instagram: @klinikdrbazilah

 

Klinik Dr Bazilah, Bangi

C-10-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan

Pusat Bandar 5, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi

43650, Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03-8922 9681 / 011 – 1590 5931

 

Klinik Dr Bazilah, Shah Alam

R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A

Seksyen 13, 40100, Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-5035 7359

Website : https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-shah-alam

 

Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur

(Klinik Kulit / Aesthetic / Rambut / Jerawat / Jeragat)

Unit A1-10, Level 1, Puncak Sentul, 8

Jalan Sentul Pasar

51000, Kuala Lumpur

Tel: 013 – 817 7005

Website : https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-kuala-lumpur

 

Post a Comment

0 Comments