Ramdan tiba..Ramadan tiba, eh ternyanyi pulak. Eyalah kan pejam celik minggu depan dah nak puasa dah kita, bulan yang barakah bulan mulia rasa tak sabar pun ada.
Disaat zaman harga barang yang makin hari makin mahal, kat sini abang nak kongsi satu tempat Buffet Ramadan yang paling berbaloi pernah abang cuba.
Klana Becah Resort, Port Dickson menawarkan hidangan berbuka puasa makanan ala Minang dan Nasi Padang serendah RM60 seorang, murah kan, nak lagi berbaloi korang kena menginap sambil berbuka puasa dimana harganya cuma RM168 seorang untuk satu malam.
Berikut abang kongsikan menu2 menarik yang disajikan untuk para tetamu di Klana Beach Resort sepanjang bulan puasa ni.
Ulam - ulaman
Ulam-Ulaman, Kacang Botol, Daun Selom, Kacang Panjang,
Terung Pipit, Timun, Tomato, Terung,
Sambal Gesek, Pecal, Sambal Belacan, Cencaluk, Budu,
Ikan Masin, Jeruk, Keropok
Gerai 1
Murtabak
(Ayam & Daging)
Gerai 2
Kibas Golek
Air Asam, Cili Kicap, Mint Sauce, Black Pepper Sauce, Rosemary Sauce
Gerai 3
Sup Kibas
Gerai 4
Makanan Goreng
(Mee / Mee-hoon / Kueteow)
Gerai 5
Cucur Goreng ada 3 Jenis
Gerai 6
Aneka Ais Krim
Gerai 7
Satey Padang
Gerai 8
Soto Makassar
Gerai 9
Apam Balik Krispi
Gerai Minuman
Air Markisa, Air Tebu, Air Soya Air Barli, Air Jus Kurma, Air Sirap Limau
Negeri Sembilan Corner
Rendang Kupang Pucuk Pakis
Sambal Kering Pucuk Ubi Ikan Bilis
Asam Pedas Urat Keting
Rendang Pucuk Maman
Keli Salai Masak Lomak Cili Api
Kids Corner
Napolitana Pasta @
Bolognese Meatball Pasta @
Carbonara Chicken Meatball Pasta @
Chinese Fried Rice With Chicken Nugget
Manisan
2 Jenis Kueh Melayu, 2 Jenis Agar-Agar, 2 Jenis Puding, 2 Jenis Kek
2 Jenis Kurma, 2 Jenis Kismis
Buah-Buahan
Aneka Jenis Bubur, Bubur Lambok
Lima Putaran Menu Masakan Panas
Ramadan - 3 / 8 / 13 / 18 / 23 / 28
Nasi Putih
Ayam Pencen Masak Gulai, Daging Dendeng Batakok
Ikan Patin Asam Podeh, Telor Dadar
Pucuk Ubi Masak Lemak Putih
Ramadan – 4 / 9 / 14 / 19 / 24
Nasi Putih
Kalio Ayam Kampong, Paru Berlado
Gulai Ikan Tongkol, Sambal Tauhu Petai
Kobis Tumis Ikan Bilis
Ramadan – 5 / 10 / 15 / 20 / 25
Nasi Putih
Masak Lomak Ayam Padang, Gulai Daging
Sambal Ikan Goreng, Tempe Kicap
Gulai Nangka Telor Sotong
Ramadan – 6 / 11 / 16 / 21 / 26
Nasi Putih
Ayam Masak Lomak Cili Padi, Rendang Daging
Gulai Urat Keting Kikil, Telor Gulai Padang
Terung Cabai Rawit
Ramadan – 7 / 12 / 17 / 22 / 27
Nasi Putih
Ayam Lado Hijau, Gulai Perot Padang
Tenggiri Masak Lemak Kencur, Cabai Jering Ikan Bilis
Gulai Putih Padang
Sambil-sambil makan juga kita akan dihiburkan dengan Live Band Klasik yang akan menghiburkan para pengunjung semasa majlis Buffet Ramadhan berlangsung.
0 Comments