AEON sekali lagi memperkenalkan inovasi pada produknya dengan bekerjasama bersama Kewpie untuk menambah variasi kepada pilihan produk AEON Delicatessen. Kolaborasi ini dilancarkan di AEON Mall Cheras Selatan, Selangor.
Melalui kerjasama ini, AEON Delicatessen akan memperkenalkan mayo berperisa cili padi oleh Kewpie kepada 10 variasi produknya, termasuk sushi, bakeri, dan delica.
Menurut Azidah Alimuddin, Ketua Bahagian Delicatessen, Bakeri dan Pusat Pemprosesan Makanan AEON, "Kami sentiasa berusaha meningkatkan rasa dan kualiti produk di AEON Delicatessen dan yakin kolaborasi bersama Kewpie akan memberikan sesuatu yang baru kepada pelanggan kami. AEON sangat bersyukur kerana berpeluang bekerjasama dengan jenama yang terkenal dengan keenakan mayonnaise dan 'dressings' di negara ini."
Majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran Atsushi Miyata, Pengarah Urusan Kewpie Malaysia; Shimpei Okada, Timbalan Pengarah Urusan Kewpie Malaysia; Soon Soo Choong, Pengarah Jualan Kewpie Malaysia; Naoya Okada, Pengarah Urusan AEON dan Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Perdagangan dan Pemasaran AEON.
Acara tersebut juga dimeriahkan dengan aktiviti 'treasure hunt' dan pelbagai aktiviti lain yang menghiburkan para hadirin.
Menurut Naoya Okada, "Pelancaran ini merupakan salah satu inisiatif AEON untuk mendekati ekosistemnya melalui pelbagai program dan aktiviti sempena ulang tahun AEON yang ke-40. Saya sangat bersyukur atas kemajuan yang telah dicapai oleh AEON dan kami akan terus berusaha memberikan produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan serta pemegang taruh kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan dan rakan kongsi yang telah setia bersama kami sepanjang perjalanan ini."
AEON Delicatessen terus memperluas jangkauan dengan memperkenalkan pelbagai produk baru. Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap kualiti dan keterjangkauan, AEON telah memperbaharui imej jenama Delicatessen dengan memperluaskan rangkaian produknya.
Kini, AEON Delicatessen menampilkan empat jenama utama yang memikat hati pelanggan:
- Coco Café - sebuah kafe gaya kopitiam yang menarik.
- La Boheme - menawarkan pelbagai roti, pastri, dan puding segar yang memikat selera.
- La Boheme Coffee - terkenal dengan campuran unik biji kopi dari Brazil Cerrado, Colombia Huila, dan Indonesia Sumatra.
- Sucrée Amor - menyajikan pelbagai jenis pencuci mulut yang lazat dan memukau.
Dengan jenama-jenama ini, AEON Delicatessen berusaha untuk terus memberikan yang terbaik kepada pelanggan setianya.
Korang boleh usha Aeon punya social media untuk ketahui lebih lanjut mengenai promosi atau sebarang info yang menarik.
Laman web Rasmi : Aeon Retail Malaysia
Instagram: @aeonretail.my
TikTok: @aeonretailmalaysia
XHS: @aeonmalaysia
Facebook: @aeonretailmalaysia
1 Comments
my feveret kewpie ,wajib ada
ReplyDelete